Phnom Penh : Dua adik beradik warga Amerika ditangkap kerana merakam gambar bogel masing-masing di dalam Kompleks Kuil Angkor yang terkenal di negara ini, menurut seorang pegawai semalam.
Aksi bogel pelancong itu yang terbaru mencetuskan kemarahan penduduk di negara ini.
Anggota polis Keat Bunthan berkata, wanita terbabit kini disoal siasat.
"Mereka melurutkan seluru sehinggah paras lutut dan mengambil gambar punggung asing-masing. Buat masa kini kami belum mengetahui tindakan yang akan dikaenakan terhadap mereka," katanya.
Menurut Apsara - Agensi yang menguruskan kompleks berkenaan - dalam satu kenyataan, Lindsey Adams, 22, dan adiknya Leslie, 20, ditemui merakam gambar bogel di dalam kuil Preah Khan, Jumaat lalu.
"Kedua-dua mengakuu melakukan kesalahan apabila mengambil gambar bogel," kata kenyataan itu.
Jurucakap Apsara, Chua Sun Kerya berkata, tindakan mereka menyinggung penduduk negara in kerana Angkor dianggap tanah suci.
"Mungkin mereka tidak tahu Angkor ialah tanah suci. Tetapi tindakan mereka menjejaskan kesucian tempat ini," katanya.
Ini kali kedua dalam hanya dua minggu membabitkan kes seumpama itu, selepas tiga pelancong Perancis ditangkap dalam keadaan bogel di lokasi berkenaan, baru-baru ini.
Mereka dijatuhkan hukuman penjara enam bulan yang ditangguhkan pelaksanaannya, selain diharamkan daripada memasuki Kemboja selama empat tahun.
Tiga pelancong itu dihalau dari Kemboja hujung minggu lalu selepas mengaku bersalah mengambil gambar bogel di salah sebuah kuil di situ.
0 Komentar untuk "GADIS PELANCONG MENONJOL AKSI BOGEL DI KUIL KINI CETUS KEMARAHAN ORANG ANGKOR (3 GAMBAR )"