Biodata dan juga gambar Aidana Baizieva mangsa penumpang helikopter terhempas yang masih misteri , status wanita mangsa helikopter terhempas di Semenyih pada 4 April 2015 dikenali sebagai Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 . Ini susulan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang masih belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak.
Nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut. Terdahulu, helikopter yang dinaiki oleh Ahli Parliman Rompin Dr Jamaluddin Jarjis berserta 5 lagi penumpang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada 4 April 2015 selepas menghadiri majlis perkahwinan anak PM Dato Najib Razak di Pekan, Kuantan, Pahang.
Senarai Nama 6 Mangsa Maut Helikopter Terhempas 4 April 2015
1. Juruterbang Kapten Clifford William Fournier
2. Aidana Baizieva Co Pilot Warga Kyrgyzstan
3. Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia)
4. Datuk Azlin Alias (Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri)
5. Pengawal peribadi Jamaluddin Razakan B Seran
6. Datuk Tan Huat Seang.
Gambar Copilot Tersebar di media sosial Bukan Foto Aidana Baizieva
Update:
Setelah lima mayat mangsa nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di Semenyih sudah dituntut keluarga masing-masing, termasuk mayat juruterbang warga Amerika Syarikat yang keluarganya dijangka tiba esok, identiti seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti menjadi teka-teki.
Setelah lima mayat mangsa nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di Semenyih sudah dituntut keluarga masing-masing, termasuk mayat juruterbang warga Amerika Syarikat yang keluarganya dijangka tiba esok, identiti seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti menjadi teka-teki.
Ketika berita ini ditulis, difahamkan belum ada mana-mana pihak tampil menuntut jenazah seorang wanita yang dikatakan pembantu juruterbang, dikenali sebagai Aidana Baizieva berdasarkan senarai dikeluarkan Kementerian Pengangkutan.
Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.
“Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa,” kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.
Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan.
Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.
Semalam media tersilap melaporkan seorang wanita dalam sekeping foto bersama Kapten Fournier yang tersebar menjadi viral di laman media sosial sebagai Aidana.
Bagaimanapun, wanita sebenar dalam gambar itu tampil menafikannya.
Portal New Straits Times (NST) Online melaporkan, wanita dalam foto itu sebenarnya adalah Dzuriasikim Dzulkefli, yang tampil membuat penafian beliau adalah Aidana.
“Saya amat terkejut ada orang yang tidak bertanggungjawab telah ‘mengistiharkan’ saya mati hanya kerana gambar saya bersama juruterbang Clifford William Fournier dalam helikopter,” kata Dzuriasikim seperti yang dilaporkan NST Online.
Terdahulu, jenazah Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang paling awal dituntut akan disemadikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara petang ini, manakala jenazah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Saujana Impian, Batu 13 juga petang Ahad.
Jenazah anggota polis Koperal Razkan Seran, iaitu pengawal peribadi Jamaluddin pula sudah diterbangkan ke Sabah untuk disemadikan di kampung halamannya, Tuaran.
Sementara itu mayat mendiang ahli perniagaan, Ketua Eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd, Datuk Tan Huat Seng pula akan dibawa pulang ke Kedah selepas menjalani upacara penghormatan terakhir dan pembakaran di Xiao En Si, Nilai Memorial Park.
Identiti mayat Kapten Fournier pula telah disahkan oleh wakil kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara, yang memaklumkan mayat juruterbang itu akan dituntut keluarganya yang akan tiba di Malaysia esok.
Fournier yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat telah berkerja di negara ini sejak 20 tahun lalu.
Persoalannya sekarang, siapa Aidana Baizieva?
Update! Misteri Siapa Sebenarnya Aidana Baizieva Akhirnya Terungkai
Wakil dari kedutaan Kyrgyzstan dipercayai adik kandung kepada Aidana Baizieva mangsa nahas helikopter Dauphin AS365N2 datang untuk menuntut mayat kakaknya. Difahamkan adik mangsa bersama seorang lelaki telah pergi ke Institut Perubatan Forensik Negara (HKL) untuk mengisi beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat.
Mayat Baizieva yang masih dalam jagaan pihak Forensik HKL merupakan pembantu juruterbang yang terkorban dalam nahas helikopter yang terhempas di Semenyih, petang Sabtu lalu. Seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan bekerja di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.
Dengan kehadiran seorang gadis dipercayai adik kepada Aidana Baizieva di Hospital Kuala Lumpur pada 6 April 2015, akhirnya misteri mengenai identiti Aidana Baizieva satu-satunya penumpang wanita dalam nahas helikopter terjawab.
Artikel menarik:
0 Komentar untuk "GEMPAK @ HANGAT !!! MISTERI AIDANA BAIZIEVA AKHIRNYA TERBONGKAR DAN TERSEBAR ( 7 GAMBAR )"