GEGARRR, GEMPAKKK DAN SEMPOIII

BERITA PALING GEGARRR DI DUNIA !!!

KESIAN !!! BIAWAK MEMAKAN MAYAT YANG BERULAT

Manjung: Mayat seorang lelaki yang tiada identiti ditemui dalam keadaan sudah berulat 
dan dimakan biawak di kawasan berlukar berhampiran sebuah perumahan baru Taman 
Pantai Damai, Manjung, petang semalam. Ketua Polis Daerah Manjung Asisten 
Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, siasatan awal mendapati
lelaki berkenaan dipercayai dibunuh berdasarkan kesan lebam, luka dan tulang mangsa 
yang patah.
Menurutnya, pihaknya mendapat makluman mengenai penemuan mayat berkenaan 
daripada orang awam, kira-kira jam 2.20 petang semalam. "Daging beberapa bahagian 
badan mangsa turut dipercayai dimakan binatang dan mayat berkenaan dipercayai sudah 
empat hari berada di kawasan terbabit sebelum ditemui."Siasatan lanjut masih dijalankan 
dan kes diklasifikasikan sebagai bunuh serta disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun 
Keseksaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Oktober 2014 @ 4:49 PM«
0 Komentar untuk "KESIAN !!! BIAWAK MEMAKAN MAYAT YANG BERULAT "