GEGARRR, GEMPAKKK DAN SEMPOIII

BERITA PALING GEGARRR DI DUNIA !!!

OHHH !!! MAISARA INGIN DAKWA POLIS TUUU KERANA TUDUHI MENROGOL, 6 SAKSI TELAH DIPANGGIL ( 3 GAMBAR )

1 MEI lalu, lebih 1,000 individu dipercayai terlibat menghadiri perhimpunan haram anti-GST yang diadakan di Kuala Lumpur bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan bermula 1 April 2015.
Susulan itu seramai 23 individu yang terlibat dengan perhimpunan digelar May Day atau #BantahGST itu telah ditahan reman sebelum dibebaskan selepas empat hari. Hanya seorang daripada mereka merupakan kaum hawa iaitu Maisara Amira Mohamad Asmadi, 21.
Hari ini, Maisara telah tampil dalam satu sidang media dianjurkan NGO Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) bagi memberi kenyataan bahawa dia telah diugut seorang pegawai polis ketika ditahan tempoh hari, yang memberi amaran akan merogolnya manakala rakaman kejadian tersebut akan dijual kepada orang ramai jika dia tidak memberikan kerjasama.
Justeru menurut Maisara, dia telah membuat satu laporan polis di IPD Petaling Jaya pada 6 Mei lalu kerana berasa tidak selamat selain mahukan tindakan diambil terhadap pegawai polis terlibat.
kesmaisara
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar didapati telah memberi respon terhadap kes ini menerusi Twitter memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat oleh pegawai dari IPK KL dan setakat ini enam percakapan saksi telah dirakam.
Khalid turut memberitahu pihak polis kini menunggu Maisara untuk memberikan kerjasama.
kesmaisara2
Sementara itu pemeriksaan Mynewshub mendapati peguam Maisara, S. Sivamalar telah membalas tweet Khalid dengan menyatakan pihaknya dan anak guam belum menerima sebarang panggilan daripada IPK KL setakat pukul 8 malam, Selasa.
Artikel menarik:

0 Komentar untuk "OHHH !!! MAISARA INGIN DAKWA POLIS TUUU KERANA TUDUHI MENROGOL, 6 SAKSI TELAH DIPANGGIL ( 3 GAMBAR ) "